Bahan yang
perlu:
Untuk Kek
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 cawan gula perang
- 2 biji telur
- 1-1/4 ccawan tepung gandum
- 1/2 cawan susu
- 1/3 cawan minyak jagung/kacang
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu vanilla
Untuk Inti
- 1/3 cawan shortening
- 1/4 cawan gula
- 1/2 sudu teh vanilla extract
- 1/4 cawan light cream
- 1/2 cawan confectioners' sugar
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar kepada 350 darjah F. Sapu minyak pada mini loaf pans .
- Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan semua bahan-bahan lain.
- Isikan adunan ke dalam loaf pans kira-kira 3/4 penuh
- Bakar kek kira-kira satu jam atau sehingga perang keemasan.
- Sejuk dalam bekas beberapa minit baru pindahkan ke dawai penyejuk.
- Sementara itu sediakan inti. Pukul shortening, gula, vanilla dan krim sehingga kembang dan masukkan gula dan gaul sebati.
- Isi beg pastri dengan inti dan potong satu lubang kecil di hujung.
- Ambil kek separuh sejuk dan cucuk tiga lubang dan paipkan inti ke dalam lubang sekadar penuh sahaja.
- Sejukkan sekurang-kurangnya 20 minit lagi sebelum dinikmati.
No comments:
Post a Comment