Thursday, September 24, 2009

Pineapple Tarts


Bahan- Bahan:
250 gm tepung gandum rendah protein
30gm  tepung jagung
200gm  mentega
20gm susu tepung
6 gm gula halus
2 biji  kuning telur
1/4 sudu teh garam halus
Cengkih untuk hiasan jika suka

Jem Nenas:
400 gm nanas masak, parut
200 gm gula pasir 
1/4 sudu teh garam halus 


Untuk Sapu:
3 biji kuning telur
2 sudu makan susu  cair
@1 sudu makan susu tepung~larutkan dengan 2 sudu makanan air

Cara membuatnya:
Campur tepung gandum, jagung dan susu dan ayak.
Masukkann gula halus, kuning telur, mentega  dan garam ke dalam campuran tepung. Masukkan ke dalam food processor dengan kelajuan rendah hingga sebati.


Ambil sejumput adunan, bentuk menjadi bulat, pipihkan. Isi tengahnya dengan 1/2 sudu teh jem nenas. Bentukkan bulat atau bujur. Atur kuih yang telah dibentuk di atas loyang disapu shortenig. Sapu permukaan  dengan bahan sapu. Cacakkan satu biji cengkih di atas. Bakar kuih dalam oven  150 darjah celcius selama 20 minit atau hingga masak  dan berwarna kuning keperangan . Angkat, sejukkan. Simpan dalam balang kedap udara.

No comments:

Post a Comment